Cinta UNIVERSAL

Rabu, 11 Julai 2007

Harga Sebuah Cinta :>

Artikel yang kat bawah nie buatkan aku terpk betapa tak 'berkiranya' mak aku pada aku... SAYANNGG MAK!!Pada suatu petang seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh tahun,datang menghampiri ibunya. Si ibu ketika itu sedang sibuk menyediakan makan malam untuk keluargannya di dapur. Anaknya menyerahkan selembar kertas yang baru sahaja selesai ditulisnya. Setelah ibunya mengesatkan tangan, si ibu lalu membaca ' surat penting' seperti yang dinyatakan oleh permata hati kesayangannya itu.Beginilah tulisannya si anak kecil.Upah bersihkan billik tidur sendiri : RM2
Upah menjaga adik sewaktu mama keluar : RM3
Upah sapu sampah, kemas rumah dan halaman : RM3
Upah membuang sampah : RM1
Upah lipat baju dan angkat pakaian di jemuran :RM2
Upah pergi kedai membeli barang-barang dapur mama : RM0.50
Upah potong rumput : RM5
Diskaun sebab mama belikan Amin dapat nombor satu dalam kelas : RM2
Jumlah RM14.50

Si ibu memandang anaknya yang berdiri di situ dengan penuh kasih sayang. Bagai terlintas pelbagai kenangan manis di dalam fikiran ibu saat itu. Lalu ibu mengambil pen, membalikkan kertasnya dan berikut pula apa yang ditulisnya sebagai jawapan kepada Amin.


Untuk 9 bulan ketika mama mengandungkan kamu, selama kamu tumbuh membesar di dalam perut mama: TIADA BAYARAN

Untuk kesakitan kerana bertaruh nyawa kerana melahirkan kamu :TIADA BAYARAN

Untuk seluruh malam kerana menjaga kamu dan menemani kamu saat kamu teriak ketakutan pada waktu malam dan terkejutkan dentuman guruh :TIADA BAYARAN
Untuk kesakitan, dos ubat dan rasa mengantuk mama kerana semalaman menjaga kamu yang sakit, mengelap hidungmu dan memandikanmu : TIADA BAYARAN
Jangan lupa saat mama telah berpusing keliling kerana marahkan nyamuk yang cuba menggigitmu semasa tidur : TIADA BAYARAN
Untuk barang-barang mainan , makanan, buku, basikal dan video game : TIADA BAYARAN
Untuk semua saat susah dan semua air mata yang kamu sebabkan selama ini : TIADA BAYARAN

Anakku, kalau dijumlahkan semua harga cinta mama padamu, mama tidak akan kenakan apa-apa bayaran. Untuk semua malam yang dipenuhi rasa takut, untuk rasa cemas mahupun kesusahan yang perlu mama tanggung untuk mendidik dan membesarkan kamu di waktu yang akan datangpun, tiada bayaran.
Dan kalau kamu menjumlahkan semuanya, harga cinta sejati mama tetap sama tiada bayarannya.
Ketika Amin selesai membaca apa yang ditulis ibunya, air matanya jatuh berlinangan.Dia mentap wajah ibunya lantas mendakapnya seraya berkata :" Mama, Amin sayang sekali pada mama," Dan kemudian mengambil sebatang pen tadi dan menulis degan huruf besar "TUNAI"

Isnin, 9 Julai 2007

Kita semua tempayan retak

Rupanya kekurangan yang kita ada boleh diolahkan menjadi positif.Kalau nak tahu, betapa saya nie rasa rendah diri sangat,banyak sangat kekurangan berbanding orang lain.Yang jadi mangsa D.A.R. Dia penguat semangat saya..Apapun, no perfect person in this world. Sesungguhnya Allah itu lebih SEMPURNA
Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satu laginya tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air yang penuh, setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari.Si tukang air hanya dapat membawa setengah tempayan air ke rumah majikannya.Tentu sahaja tempayan yang utuh berasa bangga dengan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan tidak kesempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian yang seharusnya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada tukang air," Saya sungguh malu pada diri sendiri,; dan saya memohon maaf kepadamu." "Kenapa kamu berasa malu?" tanya tukang air." Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnya saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya yang membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan ke rumah majikan kita.Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.

Kasihan
Si tukang air berasa kasihan pada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, " Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kau memerhatikan bunga-bunga indah di sisi jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali minta maaf pada si tukang air kerana kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, " Apakah kamu perhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan tempayan yang utuh? Itu kerana aku menyedari cacatmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan disisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah TEMPAYAN RETAK. Kenalilah kelemahanmu dan kamupun akan dapat memanfaatkan orang lain. Tidak ada yang terbuang percuma dimata-Nya, ketahuilah di dalam kelemahan kita, kita mungkin menemukan kekuatan kita. Seseorang disebut sebagai orang yang sukses jika mampu terus hidup dan menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran di dada.
-TOEKANG- (artikel akhbar KESIHATAN 1/07/07)

Ahad, 8 Julai 2007

Belajarlah menulis di atas pasir

Dua orang sahabat karib sedang berjalan merentasi sebuah gurun pasir.A dan B.Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua.A telah menghadiahkan B satu tamparan.B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindakbalas. tanpa berkata apa-apa B menulis di atas pasir;Hari ini,sahabat baikku telah menampar mukaku. Kemudian,mereka meneruskan perjalanan mereka dan menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil keputusan untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris lemas tetapi diselamatkan oleh A.Ketika B mulai sedar dari lemas, dia mula menulis di atas sebuah batu;Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.A pun bertanya "Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang kenapa pula kau menulis di atas batu?.Sambil tersenyum, B berkata:"Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu.Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu. -Moral cerita- dalam kehidupan seharian sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu.BELAJARLAH MENULIS DI ATAS PASIR
-
-artikel akhbar KESIHATAN-

Cinta VS Perkahwinan

Suatu ketika Plato berbicara dengan gurunya.Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:" Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurut mu yang paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah menemuinya keluarlah kau dari hutan dengan ranting tersebut.

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka Plato pun menjawab:"Saya sebenarnya sudah menjumpai sebatang ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangklali di depan saya ada ranting yang lebih baik tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang saya tinggalkan itu adalah yang terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa.

Guru itupun berkata:"ITULAH CINTA".

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan. Guru pun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau rasa terbaik dan bawalah keluar dari hutan.Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.Gurunya bertanya, maka jawab Plato:" Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya. Tetapi saya tidak dapat memotongnya dan pastilah saya tidak mampu membawanya keluar dari hutan.Akhirnya saya tinggalkan.Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana.
Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya dan menjadikannya indah." Lalu gurupun berkata:"ITULAH MAKNA PERKAHWINAN".

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak satu pun akan kita dapati."

Kerana, kesempatan itu hanya datang sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergerak ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.


-PUTRI- (artikel akhbar KESIHATAN)

Sabtu, 7 Julai 2007

Hargai HIDUP


Kita tidak akan sedar apa yang kita ada
sehinggalah kita kehilangannya