Cinta UNIVERSAL

Ahad, 8 Julai 2007

Belajarlah menulis di atas pasir

Dua orang sahabat karib sedang berjalan merentasi sebuah gurun pasir.A dan B.Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua.A telah menghadiahkan B satu tamparan.B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindakbalas. tanpa berkata apa-apa B menulis di atas pasir;Hari ini,sahabat baikku telah menampar mukaku. Kemudian,mereka meneruskan perjalanan mereka dan menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil keputusan untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris lemas tetapi diselamatkan oleh A.Ketika B mulai sedar dari lemas, dia mula menulis di atas sebuah batu;Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.A pun bertanya "Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang kenapa pula kau menulis di atas batu?.Sambil tersenyum, B berkata:"Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu.Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu. -Moral cerita- dalam kehidupan seharian sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu.BELAJARLAH MENULIS DI ATAS PASIR
-
-artikel akhbar KESIHATAN-

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama