Cinta UNIVERSAL

Rabu, 11 Julai 2007

Harga Sebuah Cinta :>

Artikel yang kat bawah nie buatkan aku terpk betapa tak 'berkiranya' mak aku pada aku... SAYANNGG MAK!!Pada suatu petang seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh tahun,datang menghampiri ibunya. Si ibu ketika itu sedang sibuk menyediakan makan malam untuk keluargannya di dapur. Anaknya menyerahkan selembar kertas yang baru sahaja selesai ditulisnya. Setelah ibunya mengesatkan tangan, si ibu lalu membaca ' surat penting' seperti yang dinyatakan oleh permata hati kesayangannya itu.Beginilah tulisannya si anak kecil.Upah bersihkan billik tidur sendiri : RM2
Upah menjaga adik sewaktu mama keluar : RM3
Upah sapu sampah, kemas rumah dan halaman : RM3
Upah membuang sampah : RM1
Upah lipat baju dan angkat pakaian di jemuran :RM2
Upah pergi kedai membeli barang-barang dapur mama : RM0.50
Upah potong rumput : RM5
Diskaun sebab mama belikan Amin dapat nombor satu dalam kelas : RM2
Jumlah RM14.50

Si ibu memandang anaknya yang berdiri di situ dengan penuh kasih sayang. Bagai terlintas pelbagai kenangan manis di dalam fikiran ibu saat itu. Lalu ibu mengambil pen, membalikkan kertasnya dan berikut pula apa yang ditulisnya sebagai jawapan kepada Amin.


Untuk 9 bulan ketika mama mengandungkan kamu, selama kamu tumbuh membesar di dalam perut mama: TIADA BAYARAN

Untuk kesakitan kerana bertaruh nyawa kerana melahirkan kamu :TIADA BAYARAN

Untuk seluruh malam kerana menjaga kamu dan menemani kamu saat kamu teriak ketakutan pada waktu malam dan terkejutkan dentuman guruh :TIADA BAYARAN
Untuk kesakitan, dos ubat dan rasa mengantuk mama kerana semalaman menjaga kamu yang sakit, mengelap hidungmu dan memandikanmu : TIADA BAYARAN
Jangan lupa saat mama telah berpusing keliling kerana marahkan nyamuk yang cuba menggigitmu semasa tidur : TIADA BAYARAN
Untuk barang-barang mainan , makanan, buku, basikal dan video game : TIADA BAYARAN
Untuk semua saat susah dan semua air mata yang kamu sebabkan selama ini : TIADA BAYARAN

Anakku, kalau dijumlahkan semua harga cinta mama padamu, mama tidak akan kenakan apa-apa bayaran. Untuk semua malam yang dipenuhi rasa takut, untuk rasa cemas mahupun kesusahan yang perlu mama tanggung untuk mendidik dan membesarkan kamu di waktu yang akan datangpun, tiada bayaran.
Dan kalau kamu menjumlahkan semuanya, harga cinta sejati mama tetap sama tiada bayarannya.
Ketika Amin selesai membaca apa yang ditulis ibunya, air matanya jatuh berlinangan.Dia mentap wajah ibunya lantas mendakapnya seraya berkata :" Mama, Amin sayang sekali pada mama," Dan kemudian mengambil sebatang pen tadi dan menulis degan huruf besar "TUNAI"

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama