Cinta UNIVERSAL

Isnin, 9 Julai 2007

Kita semua tempayan retak

Rupanya kekurangan yang kita ada boleh diolahkan menjadi positif.Kalau nak tahu, betapa saya nie rasa rendah diri sangat,banyak sangat kekurangan berbanding orang lain.Yang jadi mangsa D.A.R. Dia penguat semangat saya..Apapun, no perfect person in this world. Sesungguhnya Allah itu lebih SEMPURNA
Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satu laginya tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air yang penuh, setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari.Si tukang air hanya dapat membawa setengah tempayan air ke rumah majikannya.Tentu sahaja tempayan yang utuh berasa bangga dengan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan tidak kesempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian yang seharusnya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada tukang air," Saya sungguh malu pada diri sendiri,; dan saya memohon maaf kepadamu." "Kenapa kamu berasa malu?" tanya tukang air." Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnya saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya yang membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan ke rumah majikan kita.Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.

Kasihan
Si tukang air berasa kasihan pada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, " Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kau memerhatikan bunga-bunga indah di sisi jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali minta maaf pada si tukang air kerana kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, " Apakah kamu perhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan tempayan yang utuh? Itu kerana aku menyedari cacatmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan disisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah TEMPAYAN RETAK. Kenalilah kelemahanmu dan kamupun akan dapat memanfaatkan orang lain. Tidak ada yang terbuang percuma dimata-Nya, ketahuilah di dalam kelemahan kita, kita mungkin menemukan kekuatan kita. Seseorang disebut sebagai orang yang sukses jika mampu terus hidup dan menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran di dada.
-TOEKANG- (artikel akhbar KESIHATAN 1/07/07)

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama